Syarat-syarat Menjadi Imam Sholat

Kata imam dalam bahasa Arab adalah pemimpin, pemuka. Sedangkan imam menurut istilah, adalah pemuka di dalam berbagai aspek kehidupan umat Islam. Sedangkan pengertian imam dalam konteks shalat atau imam shalat, adalah pimpinan dalam shalat jamaah, baik dalam kedudukannya yang tetap maupun dalam keadaan yang sementara, sang imam berdiri paling depan dari barisan jamaah shalat.

Seorang imam shalat, biasanya adalah orang yang dianggap baik dalam shalatnya, orang-orang yang berhati-hati mengerjakan shalat, yang memperbaiki cara-­cara shalat, agar mendapat ganjaran orang-orang yang menjadi pengikut (makmum) dan bukan mendapat dosa dari kesalahan orang yang berada di belakangnya.

Keberadaan imam dalam shalat tidak lepas adanya shalat yang dilakukan secara berjamaah, yaitu shalat yang dilakukan dua orang atau lebih secara bersama-sama dengan ketentuan tertentu, di mana seorang menjadi imam dan yang lainnya menjadi makmum. Maka para jamaah bahu-membahu antara satu dengan yang lain, dengan membentuk satu barisan tentara yang siap melaksanakan perintah dari komandannya.

Dengan berdiri satu barisan dan melakukan gerakan-gerakan secara serempak, maka perasaan akan kesatuan tujuan akan tertanam yaitu mengabdi kepada Allah SWT dengan sedemikian rupa, sehingga bergerak secara serempak, serempak mengangkat tangan dan serempak menggerakkan kaki dan gerakan-gerakan shalat lainnya secara sempurna.

Sebagaimana pentingnya seorang imam sholat yang mempin jamaah makmum sholat, maka ada beberapa persyaratan untuk menjadi imam sholat, sehingga sholatnya menjadi sempurna dan mendapatkan 27 pahala sholat berjamaah. 

Berikut syarat-syarat untuk seseorang menjadi Imam Sholat :

1. Islam, tidak sah sholat yang diimamkan oleh seseorang yang kafir.

2. Berakal, tidak sah sholat yang diimamkan oleh seseorang yang gila. Ini kerana, sholat yang dilakukan oleh orang yang disahkan gila tersebut tidak sah. Tetapi jika gila itu bermusim maka sholat ketika dia sihat sah tetapi adalah dibenci. Ini kerana dikhuatiri penyakit gilanya itu berulang ketika dia menunaikan sholat.

3. Baligh, tidak sah sholat yang diimamkan seseorang mumaiyiz kepada seorang yang baligh di dalam sholat wajib dan sunat. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas dan Ibu Mas'ud, yang artinya : "Janganlah diimamkan sholat itu oleh seorang budak sehingga dia baligh."

Ini kerana sholat itu adalah dalam keadaan sempurna sedangkan budak atau kanak-kanak itu bukan daripada ahli yang sempurna.

Imam Syafi'i berpendapat, harus orang yang baligh menjadi makmum kepada imam yang belum Mumaiyiz. Ini berdasarkan apa yang diriwayatkan daripada Amr bin Salamah, yang artinya : "Aku telah mengimamkan sholat di zaman Rasulullah s.a.w sedang aku adalah anak yang baru berumur tujuh tahun." (HR. Bukhari)

4. Lelaki yang sejati sekiranya yang menjadi makmum itu adalah lelaki, karena tidak sah sholat yang diimamkan oleh seorang perempuan atau khunsa (banci) bagi makmum lelaki, baik sholat fardu atau sunat. Sekiranya yang menjadi makmum itu perempuan semata-mata maka tidak disyaratkan lelaki menjadi imam bagi jemaah tersebut.

5. Bersih daripada hadas dan kotoran, tidak sah menjadi imam yang berhadas atau orang yang terdapat najis pada badannya dan pakaiannya, baik dia mengetahui hal tersebut atau lupa.

6. Baik bacaannya dan mengetahui rukun-rukunnya, seseorang imam hendaklah baik bacaannya kerana sholat tidak sah melainkan dengan bacaan dan mengetahui rukun-rukun sholat. Tidak sah seseorang qari menjadi makmum kepada seseorang yang buta huruf (jumhur) dan wajib bagi qari mengulangi sholatnya. Seperti mana keadaannya tidak menjadi makmum kepada seseorang yang tidak mampu rukuk, sujud atau tidak boleh duduk ataupun tidak mampu mengadap kiblat.

7. Keadaan yang bukan makmum, tidak sah sholat makmum mengikut makmum lain sebagai imam. Mengikut seseorang yang sudah terputus dengan imamnya disebabkan masbuk:
  • Al-Hanafiah: tidak harus menjadi seseorang masbuq itu sebagai ikutan kerana dia telah mengikut (makmum). Oleh yang demikian, yang diikut tidak boleh diikuti.
  • Al-Malikiah: tidak harus menjadikan seseorang yang masbuk itu sebagai ikutan kerana dia tadi mengikut (makmum). Namun adapun yang mudrik (tidak sempat rakaat bersama imam boleh diikuti apabila dia bangkit untuk menunaikan sholatnya dan hendaklah mudrik yang tidak sempat rakaat tadi berniat menjadi imam. Kerana ketika itu dia sedang sholat berseorangan dan tidak thabit hukum makmum.
  • Al-Syafieyyah: terputus ikutan / menurut imam dengan semata-mata keluarnya imam dari sholat sama ada dengan memberi salam atau dengan sebab terbatalnya wuduk. Ini kerana terkeluarnya dari ikatan di antara imam dan makmum maka pada ketika itu dia boleh mengikuti orang lain yang ganti imam atau orang lain yang mengikutnya sebagai imam.
Kesimpulannya : Al-Hanafiah dan Malikiah tidak mengharuskan mengikut seseorang yang asalnya mengikut selepas imam memberi salam, dan harus pada Al-Syafieyyah dan al-Hanabilah. Ini adalah lebih utama.

8. Syarat khas pada al-Hanafiah dan al-Hanabilah : Sejahtera daripada keuzuran, tidak lawas ketika buang air, kerap terkentut dan batuk makruh ke atas orang yang mempunyai penyakit-penyakit ini menjadi imam. Sekiranya seseorang yang mempunyai satu keuzuran adalah lebih utama menjadi imam daripada orang yang mempunyai dua keuzuran.

Adapun pendapat al-Malikiah tidak mensyaratkan syarat ini tetapi dihukum makruh menjadi imam selagi mana tidak terbatal wuduknya.

Begitu juga pendapat bagi Al-Syafieyyah tidak mensyaratkan syarat ini dan sah menjadi imam orang yang mempunyai keuzuran ini dan tidak perlu mengulangi sholat tersebut.

9. Imam mesti seorang yang "Fasih al-lisan", maksudnya adalah mampu menyebut huruf-huruf di dalam al-Quran dari makhrajnya.

10. Al-Hanafiah dan Al-Syafieyyah mensyaratkan supaya sholat itu diimamkan oleh orang yang bermazhab yang sama dengan makmum.

Sekiranya seseorang yang bermazhab Hanafi sholat di belakang seorang imam bermazhab Syafie yang mengalir darah pada tubuhnya dan tidak berwuduk selepas itu atau sholat seorang yang bermazhab Syafie di belakang seseorang bermazhab Hanafi yang menyentuh perempuan dan tidak berwuduk, maka sholat makmum itu batal kerana setiap mazhab melihat kepada batalnya sholat imam itu tadi.

Sedangkan Al-Hanafiah berpendapat sholat di belakang imam yang bermazhab Syafie adalah makruh.

Cukup sekian paparan dari syarat-syarat menjadi imam sholat, semoga bisa bermanfaat. 
Aamiin yaa robbal 'aalamiin.
Wallohu a'lam bishowab. 

You might also like

0 Comments


EmoticonEmoticon